Monday, November 2, 2015

Susah Tidur Malam ? 7 Minuman Yang Akan Membantu Masalah Anda.




Assalamualaikum w.b.t.

Haha, bila tengok gambar di atas, pasti ada yang teringat pada 'baby' dengan gelagat mereka yang mudah terlelap.

Kurangnya tidur, menyebabkan tubuh kita tidak bersedia untuk menghadapi hari esok.
Tenaga berkurangan, malah emosi cepat terganggu.
Kadang kala, menyebabkan hubungan kita dengan orang yang tersayang pun terganggu.

Ini akan menyebabkan masalah kecil bertambah menjadi lebih besar, hanya kerana kurangnya tidur yang cukup.

Berikut adalah beberapa tips khas untuk mereka yang berkenaan, mudah lagi 'sedap' untuk dinikmati.


# SUSU COKLAT



Salah satu minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat. 
Susu panas dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan saraf. 



# TEH PUDINA



Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda tidur seperti bayi. 
Minum minuman ini satu jam sebelum tidur



# TEH CHAMOMILE


Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang tepat untuk dinikmati satu jam sebelum tidur.
Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan.





# KOKO



Seperti kita tahu, koko adalah minuman kegemaran sepanjang masa kebanyakan orang. 
Minum coklat panas jika anda mengalami insomnia.



# SUSU HANGAT


Beralih ke susu hangat jika susah tidur. 
Tambah satu sudu penuh madu untuk satu gelas susu panas dipercayai dapat membantu tidur dan merehatkan tubuh sebelum melelapkan mata. 
Selain itu, ia dikatakan membantu seseorang untuk rasa segar kembali keesokan harinya.


# SUSU KACANG BADAM (ALMOND)


Dengan wujudnya vitamin E dalam susu, ia baik untuk mendapatkan tidur yang cukup.


# TEH HALIA


Teh halia panas baik untuk pencernaan. Halia juga membantu menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang sempurna. 


***********************************************

Susah tidur malam ?
Semoga info di atas akan memberi manfaat pada mereka yang memerlukan.
Insya-Allah.

Sila SHARE yer...terima kasih... :)


sumber artikel : Harian Metro