Sunday, September 24, 2017

Mengatasi Masalah Bayi Menangis Malam Dengan Kaedah Islam

Assalamualaikum w.b.t...

Saya pasti, hanya ibubapa yang prihatin dengan anaknya sahaja yang akan jumpa dengan post saya ini.
Tahniah, dengan izin Allah, kita bertemu di sini.
Saya akan ceritakan bagaimana kami mengatasi masalah bayi menangis malam dengan kaedah Islam ke atas anak buah pertama kami.


KELAHIRAN ANAK BUAH PERTAMA

Mendapat cahaya mata, adalah sesuatu perkara yang terindah dalam hidup bekerluarga.
Dengan kecomelan keletah bayi kecil ini, hidup kita penuh dengan keceriaan serta membuatkan kita tak sabar menanti hari esok.

Betul, kan?

Saya juga begitu.
Beberapa bulan yang lepas, isteri kepada adik saya (angah), telahpun dikurniakan seorang cahaya mata yang cukup sifatnya & comelnya.
Itu adalah anak buah kami yang pertama dalam keluarga.
Secara tak langsung, kami semua terpaksa dinaikkan pangkat kepada 'pakcik'.
Haha...

Semua orang tak sabar-sabar untuk melihat bayi tersebut sewaktu dia tiba ke rumah mak saya.
Berebut-rebut semua mahu menatap wajah comel anak buah yang pertama ini.


KISAH DI MALAM HARI ; MASALAH BAYI MENANGIS

Seperti yang saya beritahu awal-awal tadi, ini adalah anak buah kami yang pertama.
Jadi, kami adik-beradik yang lain, memang tidak pernah ada pengalaman menjaga bayi.
Pada sangkaan kami, bayi ini sifatnya cukup senang tidur dan tidurnya lama.

Kami melayan keletah anak buah kami sehinggalah semuanya tidur.
Masalah yang sebenar pun bermula.

Bayi yang kami anggapkan akan tidur lama, rupanya mula menangis malam di kala ibubapanya sedang nyenyak tidur.
Nangisnya pula, bukan sekejap-sekejap, tetapi kerap.
Menangis, berhenti,... menangis, berhenti.
Begitulah seterusnya, kadang-kala membawa ke subuh hari.

Adakah masalah anak tuan puan juga begitu?

Yang menjadi masalah utamanya pula ialah, bayi tersebut menangis setiap malam tanpa kami tahu apa sebabnya.
Pelbagai cara telah kami usahakan, tetapi tetap juga sama.
Perkara ini amat merisaukan kami sekeluarga.




MENEMUI KAEDAH MERAWAT MASALAH ANAK BUAH 

Beberapa hari kemudian, sewaktu saya di ceramah agama ustaz Halim Din (beliau kerap keluar dalam program tv & radio), beliau telah memperkenalkan produk beliau bersama ustaz Dato' Ismail Kamus (pengasas & penasihat Pusat Perubatan Islam Darussalam) iaitu 'minyak wangi Raihanah Syifa'.

Minyak wangi Raihanah Syifa' ini telah disyifa' oleh ustaz Dato' Ismail Kamus sendiri dengan;-
- ayat-ayat ruqyah.
- selawat syifa'.
- ayat pelembut hati.
- ayat penerang hati'
- doa pengasih suami isteri.
- keluarga bahagia.
- ayat pendamaian.
- doa-doa syifa'.



Siapalah yang tak kenal dengan kemampuan ustaz Dato' Ismail Kamus di dalam rawatan Islam serta menangani gangguan jin & syaitan?

Saya tertarik dengan minyak Raihanah Syifa' ini serta tiba-tiba teringat kepada masalah anak buah saya yang kerap menangis malam.
Mungkinkah adanya gangguan makhluk halus yang menyebabkan bayi tersebut menangis?
Apa pun, teori saya mengatakan bahawa, bayi ini, masih suci bersih, jadi, besar kemungkinan bayi masih boleh melihat makhluk halus yang berada berdekatan mereka.

Esoknya, saya terus membuat pesanan 'minyak wangi Raihanah Syifa' dan dihantar melalui pos ke alamat rumah angah saya.
Saya menerangkan bahawa minyak tersebut adalah ikhtiar untuk merawat masalah 'bayi menangis malam' anaknya.

Kesannya?
Alhamdulillah, nampak sangat berkesan.
Selepas dicalit sahaja minyak tersebut, pada malam tersebut, bayi tersebut sudah sangat kurang menangis berbanding malam sebelumnya.
Jika ada pun, kerana masalah biasa, seperti pampers basah, bunyi bising dari luar dan sebagainya.



Ustaz Halim Din (tengah)


BAYI TIDUR LEBIH LENA, MEMBESAR LEBIH SEMPURNA

Banyak perbezaan sebelum dan selepas kami berjaya mengatasi masalah bayi kerap menangis malam ini.
Antaranya, ibu-bapanya dapat tidur yang cukup dan dapat menjaga anak dengan lebih kasih sayang.
Bayi pula, kami lihat, lebih ceria, lebih mudah ketawa.
Yang paling seronok, bayi kurang tidur di siang hari, jadi, adalah banyak masa untuk kami bermanja dengan anak buah kami ini.
Hihi.

Ibu-ibu di luar sana pun mesti nakkan perubahan positif seperti ini, kan?

Rumusannya, kami percaya bahawa jika di awal usia ini, bayi dapat tidur yang lebih lena, pertumbuhan tubuh dan minda mereka akan lebih sempurna.

Mereka jauh lebih ceria berbanding bayi lain, lebih cepat berkembang minda (lebih bijak) dan fizikal mereka dan yang lebih penting, apabila mereka ceria, mereka akan kurang jatuh sakit serta cepat sembuh.



Nyenyaknya dia tidur. Mimpi apalah agaknya tu, kan..



MAKHLUK HALUS MENDAMPINGI ANDA ?

Ini pula kisah saya, pada awal 2016, kami telah mengadakan 'road tour rawatan Islam dari masjid ke masjid' secara percuma.
Di sana, kami akan memberikan rawatan Islam (asas) secara percuma kepada hadirin yang hadir.

Caranya, ustaz yang kami jemput, akan 'scan' hadirin dengan cara membaca ayat-ayat al-Quran yang tertentu.
Bagi sesiapa yang ada makhluk halus mendampingnya, samada buatan orang mungkin, hadirin tersebut akan pening-pening, muntah-muntah & paling teruk sekali yang pernah kami jumpa, iaitu bersilat dan bergaya seperti harimau.

Paling mengejutkan ialah, mereka sendiri tidak sedar bahawa makhluk tersebut sudah lama mendekati mereka.

Adakah anda yakin tiada yang mendampingi anda?

Bayi-bayi anda boleh melihat makhluk-makhluk ini kerana pandangan mata mereka belum terhijab.
Tak hairanlah bayi tersebut asyik menangis tanpa kita 'nampak' apa sebabnya.


Jemaah surau sedang diperdengarkan dengan bacaan ayat al-Quran.
Sekiranya ada yang berdamping, jemaah tersebut akan menunjukkan tanda-tanda tertentu.



Antara program Road Tour Rawatan Islam Percuma yang kami adakan pada tahun 2016.


JANGAN BIARKAN BAYI ANDA TERSEKSA MENANGIS LAGI

Saya pasti, masalah yang kami hadapi, pasti dihadapi oleh para ibu bapa yang lain di luar sana.
Bagi membantu mengatasi masalah ini, tuan puan bolehlah mendapatkan 'minyak wangi Raihanah Syifa' dari saya segera.

Untuk makluman, minyak Raihanah Syifa' telah dihasilkan sejak 2013 dan ianya telahpun memasuki pasaran negara Brunei.
Sudah ramai pengunanya yang merasai khasiatnya berkat ayat dan doa yang telah disyifa' kepadanya.

Selain itu, minyak Raihanah syifa' ini juga berkesan dalam merawat tanda-tanda gangguan jin, tanda-tanda sihir, gangguan saka dan juga gangguan makhluk halus.

In shaa Allah, demi anak anda yang tersayang, saya akan membantu.
Boleh order terus melalui saya di no whatsapp:-

017-632 9931 - Nizam (klik sini).






KHASIAT RAIHANAH SYIFA'






VIDEO TESTIMONI DARI CERAMAH AGAMA USTAZ HALIM DIN








p/s : semoga info yang saya sampaikan ini berguna di dalam mengatasi 'masalah bayi menangis' tuan puan. Harapnya, semoga info ini dikongsi kepada pihak yang lebih memerlukan.

p/s : setiap kali kita berkongsi ilmu yang berguna, hidup kita akan lebih diberkati & dimurahkan rezeki.
In shaa Allah.

p/s : sebarang pesanan minyak Raihanah Syifa', boleh whatsapp saya di 017-6329931 (klik sini).


OKTOBER 2017 : Salah satu maklumbalas dari pengguna Raihanah Syifa'.😊







Respon positif dari pengguna yang diterima pada Oktober 2017

03 Disember 2017 : salah satu testimoni yang diterima dari pengguna.

" bayi tidur lebih lena,
membesar lebih sempurna "